Monday, February 1, 2010

Musafir Ke Bukit Jambul











Assalamualaikum...,





Pada 29 januari sahabatemas telah bermusafir ke Bukit Jambul, Pulau Pinang dalam misi ziarah ke Ibu Pejabat Public Gold. Perjalanan 6 jam tidak terasa lama apabila menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah.


Gambar kenangan di HQ Public Gold, Bukit Jambul, Pulau Pinang



Saudara Nasser bersama silver kilobar Public Gold.






Mr Branson, CEO PG sentiasa sibuk melayan pelanggan



Menyemak stok bersama Liching sebelum tanda tangan terima, nombor siri dan jumlah pesanan mesti disemak dengan teliti.





Mr Wilson menjawab soalan dengan profesional dan sentiasa berusaha memenuhi kehendak pelanggan






Perjalanan balik, melintasi jambatan Pulau Pinang mengimbau nostalgia yang sentiasa segar dalam ingatan.
Jambatan Pulau Pinang, sentiasa megah menjadi simbol kemajuan. Adakah kemajuan ini juga seimbang dengan kemajuan nilai kemanusiaan dan akhlak ?
Marilah kita mendaulatkan dinar dan dirham dalam satu usaha memartabatkan sistem kewangan Islam. Ucapan Prof Umar Ibrahim masih terngiang di telinga, sistem kewangan Islam berlandaskan kebebasan untuk semua.Bukan berorientasikan penindasan yang akhirnya akan mengheret semua dalam kancah krisis yang berpanjangan. Islam sememangnya SELAMAT untuk semua. Kembali kepada Islam, bermaksud jalan ke arah keselamatan bulan saja di dunia tapi juga akhirat. Selamat yang mencakupi munakahat, muamalat malahan semua aspek kehidupan manusia.







Sunday, January 24, 2010

Kewajiban kita untuk mengganti sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi islam

Assalamualaikum....




Pokli sungguh bergaya, kena jadi MC



Satu nafas dengan azam baru bersemi di sanubari tatkala mendengar peringatan para panel tentang sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam.






Prof Madya Ahamed Kameel



Sejarah membuktikan negara yang menggunakan duit fiat ( matawang yang tidak bersandarkan nilai emas) tidak akan bertahan melebihi 60 tahun. Cetakan duit kertas dengan alasan sebagai rangsangan ekonomi mungkin akan melegakan untuk satu jangkamasa yang singkat tapi cetakan yang berterusan umpama gelembong yang akan pecah bila bila masa. Di US 95% duitnya adalah dalam bentuk nombor yang dicetak pada buku akaun pemegangnya. Di Malaysia cuma 20% urusan jual beli menggunakan duit ringgit selebihnya adalah cetakan nombor dalam akaun. Jadi sebenarnya jual beli dalam ertikata yang sebenarnya tidak berlaku. Semuanya hutang, hutang, hutang.....Sistem ekonomi yang berlandaskan hutang ( semestinya riba kalau sistem kewangan konvensional yang kapitalis ) cuma menunggu masa untuk CRASH. Ini dibuktikan dengan berlakunya krisis ekonomi yang melanda dunia. Bila menghadapi krisis ekonomi maka kerajaan - kerajaan di dunia akan mencetak lagi wang fiat untuk Bail Out bank pusat masing masing. Hasilnya nilai wang merudum, harga barang mencanak. Prof Madya Kamil membawa contoh klasik jika dulu ( 70 an ) 20 sen cukup untuk membeli sekeping roti canai dan secawan teh, sekarang ? Maksudnya nilai duit kita semakin mengecut !!!










Mr Teoh, GM Public Gold untuk bahagian barang kemas, sibuk....banyak paper work dan persiapan perlu diselesaikan menjelang pelancaran barang kemas Public Gold pada 28 Feb nanti. Peluang baru kepada ejen ejen Public Gold untuk sama sama "memeriahkan" GoldHighway







Prof Umar Ibrahim Vadillo, seorang yang amat komited untuk menjulang kembali dirham dan dinar dalam sistem ekonomi dunia. Presiden Pudina Dunia. Sangat berpengalaman dalam sistem kewangan Islam. Memeluk Islam pada tahun 1985, berasal dari Sepanyol. Bekas empayar Islam yang terbilang satu masa dulu.


Beliau menekan betapa menjadi kewajiban kita untuk mendaulatkan wang dinar dan dirham dalam perdagangan dan ekonomi. Selagi kita masih bergantung kepada duit Fiat seperti US dollar maka kita sebenarnya belum lagi merdeka dalam ertikata yang sebenarnya tegas beliau. Dinar dan dirham jika menjadi medium of exchange, maka kedua dua pihak yang terlibat dalam jual beli mendapat kebebasan, sebab dinar dan dirham prinsip asasnya adalah MERDEKA.







Mahaguru Emas Syukur banyak memberi bimbingan langsung dan tak langsung



Barulah rasa sedar bahawa sebenarnya ada AGENDA yang amat penting apabila terlibat dengan perniagaan emas. Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allahlah yang sebaik baik perancangan. Sama ada sedar atau tidak kita adalah sebahagian daripada sejarah untuk mengembalikan manusia kepada sistem ekonomi dan kewangan islam yang indah dan adil. Kita bertanggung jawab untuk membuka ruang kepada seluruh umat manusia untuk bebas daripada sistem kewangan kapitalis yang berteraskan riba. Di mana Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang bagi mereka yang terlibat dengan riba ! Oleh itu marilah sama sama kita membetulkan niat, menguatkan azam dan merancang dengan penuh kebergantungan kepada Allah untuk mendaulatkan kembali dinar dan dirham seterusnya memartabatkan sistem ekonomi Islam pada tempat yang selayaknya. Allah tidak akan bertanya Apakah kejayaan yang telah anda capai dalam usaha ini..Tapi saya dan anda semua akan disoal apakah usaha yang telah kita lakukan ?
Wassalam

Wednesday, January 20, 2010

kembara ilmu sahabatemas II

Assalamualaikum.....,

Sekitar gambar sebelum majlis bermula.



Kantin tabung haji lengang sebelah pagi sebelum diserbu oleh para peserta, Berbincang dengan anak Kelantan di KL. Insya Allah bakal ejen Public Gold





Chairman Public Gold, Mr Louis Ng











Gambar bersama Mr Bransan sebelum masuk dewan seminar





























Keadaan Dewan Melawati Tabung yang boleh memuatkan lebih kurang 600 orang penuh dengan susunan kerusi seolah olah mengalu - alukan kedatangan para peserta seminar





















































Menadah tangan berdoa semoga majlis mendapat keberkatan Allah. Bukti orang islam sentiasa bergantung kepada Yang Maha Berkuasa










Ucapan aluan daripada Mr Louis Ng..., Kita mesti bergerak bersama dalam satu kumpulan yang besar walaupun mungkin kelihatan lambat. Seperti kumpulan kafilah yang merentasi padang pasir, mesti dalam kumpulan, seorang diri walaupun mungkin lebih pantas tapi kemungkinan untuk tidak sampai ke destinasi juga tinggi. Begitulah lebih kurang falsafah yang diutarakan, maksudnya juga mendalam. Bersambung. Insya Allah

Tuesday, January 19, 2010

Kembara Ilmu Sahabatemas Bhgn 1

Assalamualaikum.....,


Alhamdulillah....,kesyukuran yang mutlak hanya untuk Allah jua. Kesyukuran oleh makhluk kepada Al Khaliq natijahnya adalah kembali kepada manusia jua. Yang maha pencipta tidak berkurang ataupun bertambah sifat apatah lagi zatNya.

Kembara ilmu sahabatemas kali adalah seminar krisis kewangan dan peranan emas di dewan Melawati, Tabung Haji. Kelana Jaya. Bagi yang telah menunaikan fardhu haji pasti pernah berkumpul di dewan ini sebelum berangkat ke tanah suci. Dewan ini amat nostalgia sekali.

Kali ini Insya Allah biarlah kita berkongsi gambar yang mampu dirakam ketika perjalanan dan seharian berada di dewan Melawati.






Sahabatemas ketika berada di balai berlepas, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.PC





Bangunan tempat ruang legar Tabung haji sebagai tempat pendaftaran. Gambar diambil setelah majlis tamat 4.40 petang. Hujan lebat. ( Ps: jam kamera tak betul. )
























































Suasana ketika pendaftaran, sahabatemas antara yang awal sampai. 7.50pagi lagi
Masya Allah..., cabaran juga nak masuk gambar ni. Insya Allah bersambung....






































































































































































































































































































































































Saturday, January 16, 2010

SAHABATEMAS RESOUCES

Assalamualaikum,



Alhamdulillah.....kesyukurun mutlak untuk Allah S.W.T . NikmatNya berterusan secara zahir dan batin, sedar dan tanpa sedar...

Pada 14 Januari 2010 dengan izin Allah jua Sahabatemas telah selamat berdaftar dengan SSM sebagai sebuah syarikat yang sah dari segi undang - undang untuk menjalankan perniagaan jual beli emas. No daftar adalah KT 0270313 - W . Sesungguhnya apabila Allah merancang tiada siapa yang dapat meramalkan ke arah mana arahnya. Kita sebagai makhlukNya wajib meyakini bahawa setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya.



Tanpa diduga membeli emas public gold pada asalnya sebagai simpanan ( investor ) kemudiannya berkembang kepada pendagang ( trader )..., kemudian berkongsi dengan saudara Mhd Nasser untuk bergabung membentuk regu dua master dealer. Selepas perbincangan demi perbincangan, dengan izin Allah tertubuh sebuah syarikat pula.Alhamdulillah....



Kini sahabatemas telah memasuki satu era baru yang lebih mencabar dan bersedia untuk memasuki Goldhighway.......semua boleh menyertainya, perkongsian sejahtera adalah matlamat bersama....Insya Allah selepas ini kita sama - sama berkongsi pengalaman Kembara Ilmu sahabatemas ke Dewan Melawati, Tabung Haji, Kelana Jaya untuk menyertai seminar krisis kewangan dan peranan emas anjuran Public Fine Gold Sdn Bhd. Wassalam.

Thursday, December 31, 2009

Masa itu memang emas







Assalamualaikum wbt

Lebih sebulan tidak diupdate, ada sahabat yang mula menegur. Terima kasih sebab anda adalah sahabat yang betul - betul sahabat. Tepat bidalan orang tua tua MASA ITU EMAS. Perjalanan dalam Gold Highway semakin menarik...Memang betul emas itu kekayaan.Dengan emas duit kertas macam tak bernilai. bayangakan 100g dengan RM13000....! Ayat Quran pertama Allah suruh Rasulullah: Bacalah dengan nama tuhanmu yang telah mengadakan....hingga akhir ayat. Kenapa Allah SWT perintah dengan arahan pertamaNya supaya membaca ?
Rasulullah pesan lagi dalam jika kamu inginkan dunia maka dengan ilmu, jika kamu inginkan akhirat maka dengan ilmu dan jika kamu inginkan keduanya maka juga dengan ilmu.






Untuk berniaga emas, modal pertama adalah ilmu. Dengan ilmu kita akan lebih bersedia untuk memasuki lebuhraya emas. Di lebuhraya emas semua orang boleh menyertainya, tidak kira apa latarbelakang anda. Pokoknya ada keinginan untuk berjaya!!! Untuk mendulang ilmu maka kena rajin membaca buku, laman seperti pokli.com, jutawanemas.com dan banyak lagi...atau yang paling mudah banyak bertanya kepada yang tahu.





Belian pertama sebagai ejen dengan nilai emas RM30,373...Alhamdulillah!!!

Belian kedua yang melayakkan sebagai Master dealer PG......dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Dia akan memberinya jalan keluar ( al Talaq )..Usaha dengan doa yang bersungguh - sungguh Insya Allah akan berjaya. Maka bermulalah satu perjalanan saya dalam satu lebuhraya yang tiada hadnya...GOLD HIGHWAY
Marilah sama sama kita memeriahkan GOLD HIGHWAY.


Wednesday, November 11, 2009

Emas ???

Assalamualaikum WBT....


Syukur kepada Allah telah mempertemukan kita di '' Gold Highway". Emas..emas..emas..sememangnya ciptaan tuhan yang amat istimewa. Di dunia diiktiraf sebagai duit, di syurga sebagai alat perhiasan ahlinya...Bila disebut tentang emas orang akan bertanya

1. Buat apa emas?

2. Kenapa emas?

3. Mana nak dapat emas ?

4. Mana nak simpan ?

5. Nak jual kat mana ?

6. Emas kan untuk orang kaya - kaya

7. Dan berbagai lagi persoalan - persoalan supaya tidak perlu mengendahkan kewangan diri dan ummah..


Apa agak jawapannya ? Jumpa lagi